kEnApA puTus ciNtA!!?
Kali ini aku ingin menyenaraikan
beberapa sebab/isu di pihak lelaki yang menjadi punca utama putusnya
sesebuah hubungan cinta itu. Ini adalah perkara biasa dalam setiap
lelaki biasa yang ada pada masa kini.
- Lelaki tidak lagi
merasakan kekasihnya cantik dan menarik. Aku guna perkataan ‘merasakan’
ni sebab benda ni macam tak berasas. Kadang-kadang si perempuan takde
pun berubah apa-apa, tapi pada mata kekasihnya dia tiba-tiba kelihatan
kurang menarik.
- Lelaki ingin berfoya-foya dan tidak mahu
ketinggalan mengecapi keseronokan dunia. Dalam diri lelaki, memang ada
sifat dan perasaan ingin mempunyai perempuan lain dan ingin melakukan
pelbagai perkara yang biasanya memang mendatangkan masalah sekiranya
pasangan mereka tahu akannya. Itu memang lumrah. Yang membezakan
pasangan bagus dan tidak bagus adalah mereka yang mampu mengawal
perasaan tersebut dan tidak mengendahkannya.
- Lelaki merasa bosan
terhadap pasangannya. Ada satu tahap lelaki akan cepat merasa bosan
bersama pasangannya. Kebosanan ini datang mungkin disebabkan mereka
selalu berjumpa, selalu bergaduh, selalu itu dan ini. Rutin boleh
menyebabkan kebosanan. Jadi kalau boleh jangan terlalu mengongkong
lelaki itu dengan jadual tertentu atau rutin dan berikan sedikit
kebebasan padanya.
- Lelaki takut akan komitmen. Akan sampai satu
tahap bila lelaki akan merasa takut tentang masa depannya. Dalam otak
mesti fikir mana nak kerja, gaji berapa banyak dapat nanti, nak kasi
duit pada ibu bapa dan sebagainya. Pada tahap ni, perempuan eloklah
sangat kurangkan bercakap tentang kahwin dan apa-apa yang berkaitan
dengannya sebab ia akan merunsingkan lelaki anda. Beri dia masa untuk
berdiri dan mengukuhkan status dia, barulah boleh berbincang tentang
perkara yang lebih serius secara mendalam.
- Lelaki merasakan diri
mereka terkongkong. Rasanya semua orang baik lelaki atau perempuan
memang inginkan kebebasan dalam hubungan mereka, maksud kebebasan di
sini ialah kalau bercakap/chat/bertegur sapa sekali dalam sehari pun
cukup dah.
Pengorbanan
Dalam
sesebuah hubungan percintaan, pengorbanan mesti ada. Lima perkara atas
ni memang akan terkena pada mana-mana lelaki, kalau tak semua mungkin
satu atau dua. Jadi untuk menjadi kekasih yang terhebat itu, pengorbanan
mesti dilakukan supaya cinta itu berkekalan. Pengorbanan dalam hal ini
adalah dengan tidak mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan
kemahuan diri sendiri sahaja sebaliknya memikirkan juga tentang kemahuan
dan keinginan pasangan kita. Lelaki akan lebih bersedia untuk berkorban
apa sahaja demi cinta apabila mereka melihat ada sinar dan harapan
untuk hidup bahagia bersama pasangan mereka kelak.
Bila
lelaki tidak kisah apa yang mereka mahukan sekarang dan hanya
mementingkan kebahagiaan yang mereka akan kecapi setelah berkahwin
nanti, itu bermaksud lelaki itu komited dalam hubungan cinta tersebut.
At the end, semuanya datang daripada minda dan pemikiran lelaki itu
sendiri samada ingin keseronokan sementara atau kebahagiaan yang
berpanjangan.
Older Post | Newer Post