
|
Mencari Cinta Untuk Adam Dan Hawa!!!
Friday, 16 December 2011 @ 21:48 | 0 Comment [s]
![]() ![]()
Wahai kaum Adam..
Andai mahu mencari Hawa..
1. Jangan dilihat pada purdah mahupun
tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu.
Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap
pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk
menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari
menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.
2. Jangan dilihat pada baju labuh
mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai
kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati
masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si
suami. Menabur buruk diri si suami.
![]() 3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.
Untuk Hawa pula..
Andai mahu menerima cinta Adam…
1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya
semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika
malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat
itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya
terus leka dibuai mimpi nan indah…
2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama
semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya
ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih
mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si
isteri…
3. Jangan dilihat pada tampan paras
semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah
menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih
tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda
akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.
Apa yang dilihat pada zahir tidak
mengambarkan pada yang batin… carilah yang benar2 beriman dan taat
Kepada Allah maka kita kan gembira dengan keredhaanNya..
|
Profile
![]() Tagboard
Credit
Background : Faqihah Husni |