
|
Mr. Chocolate!!!
Friday, 16 December 2011 @ 22:24 | 0 Comment [s]
Kita tak akan bisa mengawal jika ia berkaitan tentang cinta, makin kita nak melupakannya semakin ia tebal melekat di hati ini.
***************************************************************************
“Hai awak!, boleh kenalan tak ?”.
Seorang mamat mendekati aku dengan wajah yang selekeh just a simple
guy, tapi yang menariknya ada lesung pipit kat tempat pipinya, namun aku
tidak ingin melayan perasaan ini. Walau terkadang hati ini ingin
mendekatinya kerana ada sesuatu didalam dirinya yang membuat aku terasa
ingin dekat selalu.
“Awak nak coklat Ferrero Rocher tak ?
Mamat nih dah memang blur ke, baru je kenal dah nak suruh aku ambil
coklat, dahlah susah sangat nak sebut nama coklat tuh, berbelit2 lidah
ini nak sebut. “Ermmm”, hanya itu yang mampu aku katakan kepadanya.
“Awak nak tak?, janganlah malu2 kucing”
Malu kucing apanya, apalah mamat nih, senang je nak bagi coklatnya
kat orang lain, sorry ! saya tidak boleh terima hadiah atau pemberian
seseorang yang belum saya kenal.
Nak terima ke atau tak nak ? , ini yang buat otak aku pening nak fikir2.
“Emak aku cakap, jangan mudah nak terima pemberian seseorang yang
kita belum kenal, nanti ada maksud disebalik pemberian sesorang tuh”,
hehe…terpaksalah aku jual mahal sikit, harap2 dia akan mengalah agar
tidak memaksa aku untuk terima coklat kegemaraanya.
Wah !, boleh tahan jugak mamat satu nih, asyik dengan coklat je,” tak
boring ke ? asyik makan coklat”, tiba2 je keluar soalan spontan dari
mulut aku membuat mamat tuh tersenyum sengeh.
“Aku bagi dengan niat ikhlas tak ada maksud yang tersirat mahupun
tersurat, kalau tak sudi tak apalah. Saya memang suka sangat makan
coklat nih, kalau tak dapat makan mesti tak boleh tidur”, balas mamat
tuh atau lebih tepat mr.chocolate.
“Tapi boleh tak kita kenalan?”. Mamat tuh bertanya lagi.
“Kalau saya kata tak boleh, awak terima tak jawapan dari saya”, lah
biasalah nak cuba mengelak sikit, tak kan nak cakap terus terang kat
mamat tuh yang aku nak juga berkenalan, mestilah jual mahal sikit
barulah best jalan cerita aku dengan mamat nih. (hahaha dalam hati tak
ada siapa yang tahu betapa aku terpikat dengan gayanya yang begitu apa
kata orang gaya macho, hehehe….gelak sopan dalam hati).
“Kalau tak sudi pun tak apa, saya tak akan paksa awak untuk menerima saya dalam hidup awak”.
Lain jer bunyinya, aku merasa pelik dengan setiap jawapannya, kerana
dia tak pernah memaksa aku untuk menerimanya, perlu kah aku berlembut
hati dan menerimanya.
“Ermm….., awak serius ke nak berkenalan dengan saya”, usik aku ,apatah lagi bila ada
kaitan dengan hati..
“Biarlah saya fikir dulu nak terima awak atau tak”, usik aku lagi..
“Baiklah awak fikir dulu, saya tidak akan paksa untuk awak menerima
saya tapi kalau ada jodoh antara kita, pasti akan berjumpa lagi kat
tempat ini”, balas mr.chocolate.
“Macam mana kita nak berjumpa kalau saya tak tahu nama awak?”, balas aku..
“Masa kita jumpa nanti, barulah saya bagi tahu nama saya dan masa ini
terpulanglah awak nak panggil saya apa, saya akan terima sebab setiap
kata dan bicara dari awak tetap saya suka”, balasnya lagi sambil
mengusik hati ku.
“Kalau itu dah awak kata, saya tak boleh nak paksa”, balas aku..
****
Namun cinta yang datang bukan sekadar hanya kerana sebuah satu rasa
namun ia lebih dari itu, coklat itu telah menghubungkan aku dengan
dirinya, di mana dia adalah pujaan hati ku ketika ini dan lebih tepat
lagi dia adalah kekasih hatiku Mr.chocolate atau nama sebenarnya Mohd.
Haikal hizwan..
“Awak ingat tak lagi masa kita mula2 bertemu”, usik hizwan.
“Mestilah ingat tak kan tak ingat, hari itu kan adalah hari yang paling bererti antara kita berdua”, balas aku
.
“Sekarang awak nak tak lagi coklat kesukaan saya”, hizwan mengusik aku..
“Mestilah nak, kan itu tanda pertemuaan kita berdua”, balas aku dengan senyuman bahagia.
“Esok adalah hari bersejarah antara kita berdua, awak terima tak
hadiah perkahwinan kita hanya sekadar coklat Ferrero Rocher ”, usik
hizwan yang ingin menduga hati kekasihnya.
“Ermmm…..saya akan terima walau hanya sekadar coklat, kerana hati ini
telah awak miliki, saya tak akan minta sesuatu yang tak mampu awak
berikan kepada saya”, usik aku
.
“Ye ke…..awak, betul ke bagai di kata, balas hizwan penuh mesra.
“Yalah….hizwan, memang betul apa yang saya katakan”, dengan penuh
mesra aku membalas dan menghadiahkan senyuman yang paling menawan
buat mr.chocolate aka hizwan.
TAMAT
|
Profile
![]() Tagboard
Credit
Background : Faqihah Husni |